Saturday, December 18, 2010

Menjadi Orang Harapan Sesebuah Organisasi



Organisasi yang berjaya disebabkan oleh kecemerlangan kakitangan di dalamnya. Setiap ahli memainkan peranan penting untuk menjayakan matlamat organisasi. Tidak kira walau apa jua jawatan yang dipegang, peranannya memberikan impak yang besar kepada organisasi.



Di dalam sesebuah organisasi terdapat empat jenis pekerja yang boleh dikategorikan berdasarkan kepada penghasilan kerja mereka. Jenis pekerja tersebut ialah :

1. Pekerja yang tidak pernah menyiapkan kerja. Pekerja jenis ini dikira sebagai perosak kepada organisasi.

2. Pekerja yang menyiapkan kerja secara tidak konsistan. Ini dikira sebagai pekerja yang sederhana.

3. Pekerja yang menyiapkan kerja sekiranya mereka tahu melakukannya. Pekerja jenis ini merupakan pekerja yang berharga kepada organisasi.

4. Pekerja yang sentiasa menyiapkan kerja dengan sempurna dalam apa-apa jua keadaan. Pekerja jenis ini adalah pekerja yang hebat yang menjadi aset yang bernilai kepada organisasi.



Organisasi akan cemerlang sekiranya majoriti pekerja terdiri daripada kategori 4, manakala oraganisasi akan mundur dan malap jika majoriti pekerjanya dalam kategori 1 dan 2.



Pekerja yang menjadi harapan dan sandaran kepada sesebuah organisasi adalah individu-individu yang dapat merealisasikan tugas dalam apa juga keadaan : walaupun dalam sumber yang sedikit;walau dalam momentum yang rendah; walaupun dalam ketiadaan pemimpin; walaupun dalam masa yang terhad ataupun walaupun dengan arahan yang ringkasdan kurang jelas. Disamping itu, pekerja-pekerja juga harus menjiwai budaya kerja organisasi tersebut dan memahami visi dan misi organisasi dengan sejelas-jelasnya.

No comments:

Post a Comment