Wednesday, January 19, 2011

CIRI-CIRI PENGAJARAN BERKESAN

Sesebuah sesi pengajaran dianggap berkesan apabila memenuhi kriteria penilaian aspek-aspek tertentu yang terlibat dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
i. Guru berjaya menyampaikan keseluruhan isi pengajaran melalui strategi tertentu manakala
pelajar menerima pengetahuan secara bermakna.
ii. Perubahan-perubahan yang positif dari aspek kognitif, afektif dan psikomotor akan berlaku
kepada pelajar.
iii. Tahap keberkesanan yang tinggi dapat dicapai melalui perancangan yang mantap dan rapi.
Perancangan bukan terbatas kepada RPH sahaja tetapi juga merangkumi RPT
iv. Guru yang merancang semua aspek pengajaran dengan teliti dapat menyampaikan
pengetahuan atau isi pengajaran dalam tempoh masa yang ditetapkan.

Kriteria utama dalam menentukan keberkesanan sesuatu sesi pengajaran dan implikasinya terhadap persediaan mengajar adalah seperti berikut:

1. Tercapainya objektif pengajaran bergantung kepada
- Skop/ had isi pengajaran yang hendak disampaikan serta tindakan-tindakan yang akan diambil oleh guru.
- Objektif pengajaran yang tidak mantap akan menjejaskan proses P&P. Pengurusan masa tidak cekap dan tidak berkesan.
Terlalu banyak objektif pengajaran : P&P lambat/ sukatan cepat habis
Terlalu sedikit objektif pengajaran : P&P berakhir cepat /sukatan tak habis

2. Penyampaian isi pengajaran tersusun dan lancar
- Penyampaian isi pengajaran merangkumi 3 peringkat iaitu
(i) permulaan pengajaran meliputi memperkenalkan tajuk, meninjau pengetahuan sedia
ada pelajar, set induksi dan lain-lain lagi,
(ii) perkembangan pengajaran meliputi menyampaikan isi pengajaran, membuat aktiviti
dan menilai pengajaran
(iii) peringkat akhir / penutup , membuat rumusan keseluruhan.

3. Pertuturan dan gestur yang berkesan
- Suara - aset terpenting yang dimiliki oleh guru dan harus digunakan secara bijaksana bagi mencapai kesan yang optima.
- Pertuturan berkesan ditentukan juga oleh intonasi atau penekanan suara secara betul. Intonasi memudahkan pelajar membezakan isi-isi penting dan memahami fungsi ayat yang digunakan oleh guru.
- Pertuturan mendatar oleh guru akan membosankan dan menyukarkan pelajar faham.
Perubahan mimik muka dan penggunaan gestur - pergerakan-pergerakan bahagian tertentu dapat mengukuhkan mesej yang disampaikan oleh guru.

4. Penggunaan Alat bantu Mengajar
- Memberi peluang kepada pelajar memperolehi pengetahuan melalui penggunaan pelbagai
media.
- Fungsi ABM untuk memudahkan pelajar memahami isi pengajaran.
- Sejauh manakah alat berkenaan dapat memberi manfaat kepada guru dan pelajar?

5. Kaedah pengajaran
- Berpusatkan pelajar
- Pelajar harus dibimbing menggunakan dan memperkembangkan potensi mereka secara
maksimum untuk memperolehi pengetahuan dan kemahiran.
- Pengalaman baru yang berguna haruslah diperolehi melalui interaksi positif dengan
guru, rakan sebaya dan bahan pembelajaran.
- Memupuk perkembangan kemahiran berfikir dan kreativiti dalam kalangan pelajar.

6. Penilaian Proses P&P
- Penilaian adalah proses berterusan.
- Melibatkan proses dua hala iaitu
(i) Guru menilai pelajar
(ii) Pelajar menilai guru
- Melibatkan sebelum, semasa dan selepas
(a) Sebelum : skop topik, tajuk, objektif, contoh-contoh, teknik
(b) Semasa : Penyoalan berkaitan dengan isi dan topik
(c) Selepas : penilaian kendiri tercapaikan objektif, keberkesanan, teknik penyoalan,
tingkahlaku pelajar , suasana pembelajaran, kepuasan diri guru
- Sebaik-baiknya secepat mungkin.

Rumusan
Sebenarnya terdapat berbagai pendekatan dan cara untuk menjadikan pengajaran dan permbelajaran kita berkesan. Apa yang penting ialah bagaimana kita dapat mengenalpasti pelajar belajar semasa pengajaran kita.